Perbezaan Ijazah Kepujian Dengan Tiada Kepujian Dalam Ijazah - Info

Perbezaan Ijazah  Kepujian Dengan Tiada Kepujian Dalam Ijazah - Info | Di Australia kepujian itu diberikan kepada pengajian yang mempunyai kajian di akhir pengajian dan ia juga bergantung pada pencapaian pelajar tersebut secara berterusan semasa tahun ke 2-3. Pelajar juga perlu membuat thesis dan menerbitkannya. Oleh demikian, kepujian itu diberikan kepada pelajar yang cemerlang sahaja dalam kursus yang diambil.


Untuk di United Kingdom UK, kepujian itu membezakan kelulusan professional/ ijazah khas dan ijazah biasa. Untuk mendapatkan kepujian perlulah cemerlang paling kurang CGPA 2.00 ( Kelas kedua ) semasa menamatkan pengajian. Selain itu, kajian juga perlu dilakukan semasa tahun akhir pelajar bekenaan.

Untuk di Malaysia ini, kami tidak dapat memberikan ketetapan atau penerangan yang lebih baik kerana apa yang telah berlaku kini agak mengelirukan ( kelemahan kami ) berbanding penggunaan “ Kepujian “ itu sebelum tahun 90an. Jika dahulu, pemberian kepujian adalah bagi Ijazah yang berkualiti iaitu mendapat keputusan akhir yang baik ( kelas pertama ) untuk mendapatkan taraf Kepujian itu.

Kesimpulan: Kami mohon maaf kerana tidak berupaya membantu dalam persoalan ini, namun demikian dapatlah dibuat kesimpulan pemberian kepujian ini adalah bagi kursus yang mempunyai kajian (thesis) semasa tempoh pengajian dan juga memerlukan keputusan CGPA yang baik. Cadangan kami, sebelum memilih pengajian adalah lebih baik jika memilih kursus yang mempunyai tawaran kepujian. Jika ditanya yang mana lebih diberi keutamaan dalam memohon kerja? Kami pasti anda tahu jawapannya.


1 comments:

amer akat said...

aslkum.. u have so nice blog ...bleh sy follow u? if can pls follow me back ya.. thx =_=
http://slapmestore.blogspot.com/